Posts

Turun Berat adalah HIJRAH supaya Mudah beribadah💪🏼

Image
Assalamualaikum semua!  . Hye! Saya Si Maniss Maii, 24 tahun pd 15/08/2019. Lahir di Muar, Johor, bermastautin di Kuala Selangor. Belajar Di USIM NILAI, Kos Kaunseling. . 🤗Cerita bermula, Tahun Pertama study di USIM (2015) maii Join Askar Wataniah (PALAPES) dan maii malu dengan kawan2 yg kuat stamina, boleh lari anak tanpa henti sejauh 2.4 km. Kemudian, maii balik bilik dan mula bercerita dengan roommate tentang maii rasa nak turunkan berat supaya badan ringan dan maii kuat stamina dan bole lari laju setanding dgn rakan-rakan 1 skuad. . Pada waktu itu, takdir Allah, roommate maii yang bernama Maryam, ada kenalan yg merupakan Coach turun berat dan dia ada buka Kelab Nutrisi di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) USIM.  . 💃Esoknya, maii pergi Kelab Nutrisi di USIM dan mula kenal dengan COACH FATIN. Timbang berat dan masa tu maii overweight, 63kg. Mula join Program Turun Berat selama 15 hari dan hasilnya maii turun sebanyak 3Kg!!! dan loss fat sebanyak 2.6% . 😎Bila dah turun mas

Kisah Si Puteri Bongsu

Image
Assalamualaikum kepada.... semua pembaca! Coretan kali ini... sangatlah memberi kesan kepada si penulis.... secebis coretan dibuat ingatan.... moga semua terhibur . Hihihi   Aku mempunyai seorang puteri cilik.. Puteri cilik juga dikenali sebagai puteri bongsu  ayahanda dan bonda. Namanya Nur Zahirah Binti Ramat. Nama dia ni... ada sejarah tau. Kalau nak tahu... nak dapatkan nama dia... sgtlah mudah. Masa tu. Ayah selesai menunaikan solat Asar dipejabatnya. Pada salam terakhir ayah, ayah berpaling ke kiri dan melihat frame gambar permaisuri agong pada waktu itu.. lantas ayah berfikir dan terdetik di hati.... andai anak bongsuku perempuan, akan kuberikan namanya Nur Zahirah. Maka..terlakarlah sebuah nama yang indah maknanya. Nur Zahirah bermaksud Cahaya yang Cantik berseri, yang gilang-gemilang.      Dia merupakan adikku yang paling bongsu. Umurnya kini sudah mencecah lebih kurang 6 tahun 25 hari. Kalau nk diikutkan tahun. Dia berumur 7 tahun. 7 tahun, bermakna... pada tahun ini di

KELUARGA & SAHABAT itulah kalian

Image
Bismillah, Assalamualaikum. Actually, aku dah malas nak berblog ni… tapi, bila tak menulis rasa macam tak puas. Sebab aku ni bukanlah jenis orang yang memendam, so… better aku luahkan supaya hati aku tenang. Hahaha Ceritanya bermula, pada Tanggal 19 Disember 2015 aku dan skuad palapes yang lain pergi bercuti di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum pergi bermacam-macam persiapan yang kami lakukan.  Aku ada terdengar cerita yang ladies nanti kene berhimpit- himpit dalam kereta masa nak pergi… so.. bila dah dengar mcam tu, aku, sebagai “kakak” , mestilah ada rasa kasihan dekat adik2 aku kalau mereka berhimpit dalam kereta masa perjalanan ke PD. Kita, mestilah nak kan keselesaaan kan??? Jadi, aku buat keputusan untuk pinjam kereta sepupuku, Kak Hafizah.  Sehari sebelum pergi ke pantai… Jumaat, 18 Disember, habis je kelas Hubungan Etnik pukul 4 petang, aku, minta tolong sahabat PK , Fakhruddin namanya… untuk hantar aku dan Farah ‘Ain ke Bangi Avenue untuk ambil Kereta Kelisa