Wednesday, 6 January 2016

Kisah Si Puteri Bongsu

Assalamualaikum kepada.... semua pembaca! Coretan kali ini... sangatlah memberi kesan kepada si penulis.... secebis coretan dibuat ingatan.... moga semua terhibur . Hihihi


  Aku mempunyai seorang puteri cilik.. Puteri cilik juga dikenali sebagai puteri bongsu  ayahanda dan bonda. Namanya Nur Zahirah Binti Ramat. Nama dia ni... ada sejarah tau. Kalau nak tahu... nak dapatkan nama dia... sgtlah mudah. Masa tu. Ayah selesai menunaikan solat Asar dipejabatnya. Pada salam terakhir ayah, ayah berpaling ke kiri dan melihat frame gambar permaisuri agong pada waktu itu.. lantas ayah berfikir dan terdetik di hati.... andai anak bongsuku perempuan, akan kuberikan namanya Nur Zahirah. Maka..terlakarlah sebuah nama yang indah maknanya. Nur Zahirah bermaksud Cahaya yang Cantik berseri, yang gilang-gemilang.

     Dia merupakan adikku yang paling bongsu. Umurnya kini sudah mencecah lebih kurang 6 tahun 25 hari. Kalau nk diikutkan tahun. Dia berumur 7 tahun. 7 tahun, bermakna... pada tahun ini dia sudah menjejakkan kakinya ke sekolah rendah dan Darjah 1. Alhamdulillah... dah besar adik bongsu kakak.

     Pada , 4 Januari 2016 merupakan hari pertama adik ke sekolah. Aku sebagai kakak sulung diberi amanah dan tanggungjawab oleh ayahanda dan bonda tercinta untuk menghantar dan menguruskan adik bongsuku itu. Al maklumlah.. ayah dan mama sibuk bekerja. Apa salahnya, aku sebagai kakak yang paling tua menjaga dan menguruskan adikku.

     Jujur, pada awalnya... sangat mudah untuk menguruskan adikku ini... walaupun dia anak bongsu, tetapi aku nampak dalam dirinya ada sifat berdikari dan berani. Pagi- pagi lagi aku sudah menyiapkan dan menghantar adik ke sekolah dengan menunggang motosikal. Pagi itu... adik org kedua yang beratur mengikut kelas. Adik nampak masam... mungkin kerana teringatkan ayahanda dan bonda? Atau... mungkin dia belum jumpa kawan baru...? Aku memujuk dan menyuruh adik untuk senyum dan gembira. Selepas hantar adik ke kelas... aku duduk di kantin sekolah untuk bersarapan. Pagi itu, aku hanya menjamah seketul kuih yang dibuat oleh mama untuk dijual. Jadi... aku dah mula lapar. Aku pon mengambil keputusan untuk makan di kantin sekolah. Semasa sedang menikmati nasi lemak kerang, ada seorang wanita bertanyakan aku.. “Anak darjah satu ke?” aku hanya mengangguk dan mengiyakan. Hurmm... tak tahu nak kata sedih atau gembira atau apa... masing2 menganggap yang aku ni... kahwin muda dan sudah ada anak. Mungkin.. muka aku nampak tua atau... ada sifat keibuan sewaktu aku melayan adikku.. haahahahaha

     Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Maka, tibalah waktu rehat untuk murid darjah 1. Aku sudah  berpesan pada adik, untuk berjumpa di kantin sekolah. Dia nampak aku dan terus peluk. Aku mengajarnya membeli makanan dan minuman, kerana aku bimbang jika esok aku sudah pulang ke kolej... siapa yang akan datang menjenguknya...

     Selepas rehat, murid darjah 1 dikehendaki untuk beratur sebelum masuk ke kelas masing- masing. Semasa adikku sedang beratur...  tanpa sengaja, ada seorang budak lelaki yang sedang bermain kejar-kejar terlanggar adikku dan kepalanya terhantuk... apa lagi... hujan pun turun dengan lebatnya. Puas juga aku memujuknya supaya diam dan jangan menangis lagi... tapi... adikku tetap menangis dan bersedih. Lebih- lebih lagi apabila adik tahu, sebentar lagi... aku akan pergi meninggalkannya... lagi lah bertambah sedih.

     Puas aku memujuk dgn pelbagai cara. Akhirnya dia terpujuk dan berhenti menangis. Selepas itu, aku pergi meninggalkannya dangan hati yang sayu. Aku pergi ke sekolah agama pula untuk mendaftar dan membeli buku2 serta keperluannya untuk sekolah petang pula. Kebetulan, guru kelas adikku merupakan bekas guruku dahulu. Jadi, aku berasa selesa dan mudah untuk berurusan dengannya. Selesai menjelaskan bayaran, aku bergegas  pulang ke rumah untuk menanak nasi dan masak untuk makan tengah hari.

     Jam 11.30 pagi, aku pergi ke Sk Assam Jawa pula untuk menjemput mama pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Jam 1.05 petang pula aku menjemput adik pulang ke rumah dari sekolah pagi...seharian aku rasa macam tak duduk diam langsung. Kehulu kehilir menunggang motosikal. Tipulah kalau aku cakap tak penat kan...

     Jam 2.15 petang. Kini, tibalah masa aku menghantar adik ke sekolah agama pula. Sampai di kelas, adik duduk dibahagian hadapan sekali. Adik antara orang yang terawal datang ke kelas waktu itu. Sebelum masuk ke kelas, aku mengajar adik untuk membeli makanan di kantin sekolah. Adik membeli buah jambu kegemarannya.  Kini.. sesi pembelajaran hampir tiba. Ibu bapa yang menghantar dan menunggu anak masing- masing beransur pulang... aku pula hanya melihatnya di luar kelas.

     Tanpa ku sedari... air matanya sudah mengalir. Makin lama makin deras dan tiba2 adik berlari kearah aku dan memeluk. Dia berkata : “ adik tak nak sekolah!”  aku sudah naik malu ketika itu... kerana rakan- rakannya semua melihat kearahnya. Kini, aku dan adik menjadi tumpuan ramai. Puas aku memujuknya, berkata itu, berkata ini. Namun... pujukan ku tidak diendahkan. Aku mula berasa sebak. Dan waktu itu... aku mula terkenangkan saat – saat dulu... semasa aku berumur seperti adik. Beginilah perangai aku dan gelagat aku waktu itu...

     Mungkin... Allah nak tunjukkan semula padaku, waktu itu, aku memalukan mama dan ayah kerana menangis tidak mahu ke sekolah. Maklumlah, aku waktu kecil dimanjakan oleh kedua ibubapaku. Segala kemahuanku dituruti. Begitu juga adikku yang bongsu ini. Aku mula membiarkan adik menangis teresak-esak kerana aku sudah penat memujuknya. Akhirnya dia diam sendiri tanpa kata.

     Beberapa minit kemudian... adik masuk semula ke kelas dan mula seronok dgn pembelajarannya. Aku mula selangkah demi selangkah berundur ke luar kelas tanpa disedari oleh adik. Akhirnya aku berjaya keluar, tanpa adik sedari. Tidak sampai 5 minit, aku terdengar suara budak menjerit dan meraung memanggil kakak! Kakak! Nak kakak! . Aku pada waktu itu sedang berdiri disebalik tiang. Aku hanya memerhati adik dari jauh. Aku malu hendak pergi memujuk adik ketika itu kerana dia telah pun menjadi tumpuan ibu bapa dan rakan- rakannya yang lain. Puas sudah ustazah memujuknya. Namun, masih tidak berjaya. Aku tidak tahu mahu buat apa lagi. Aku semakin buntu. Lantas aku menelefon mama di rumah. Mama hanya memberikan jalan untuk aku terus memujuknya. Semasa ustazah sedang memujuknya... aku hanya memerhatikannya dari jauh disebalik tiang tadi. Waktu itu... adik sudah lari ke luar kelas dan cuba untuk menjejaki aku. Dia larikan diri daripada ustazah dan menjerit... nak kakak! Mana kakak??? Aku masih diam dan menyorok waktu itu.

     Semasa aku berdiri di sebalik tiang, aku terdengar suara-suara sumbang yang sibuk mengumpat dan mengata tentang adikku. Waktu itu.. aku berasa teramat sangat geram dan mahu saja aku suruh mereka diam. Sampai hati mereka mengata itu dan ini tentang adik aku. Aku sebagai kakaknya turut terasa dan terkilan dengan kata-kata mereka yang sangat pedih untuk aku terima. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap adikku waktu itu. Mereka berkata denganku lagi waktu itu... kerana mereka tidak tahu, bahawa aku adalah darah daging si kecil yang menangis tadi.

     Tidak mengapa.... aku tahan. Tahan. Dan terus tahan. Aku memekak kan telinga dan berlalu pergi dari situ. Tiba- tiba.. pinggangku dirangkul erat oleh seorang anak kecil. Apabila aku menoleh ke belakang, rupa -rupanya, anak kecil itu adalah si puteri bongsu... dia memeluk erat seolah- olah tidak mahu melepaskan aku. Dia hanya menangis teresak- esak. Aku membiarkan dia reda.... dan akhirnya aku bersuara dan memujuk adik. Aku berkata “ Adikk sayang... janganlah menangis lagi... kakak kan ada kat sini.. temankan adik sekolah. Tengok kawan2 adik.. semua seronok je. Mak ayah diorang semua dah balik. Tapi diorang x nangis pon.. kenapa adik nak nangis plk ni... adik penat ye? Adik ngntok? Nak tdo? Ok lah... jom kita balik. Tidur ye?” adik diam dan terus mengikut aku  masuk ke kelas untuk mengambil begnya. Tiba -tiba adik bersuara dan berkata bahawa dia mahu susu dan tidur di rumah.

     Aku buntu. Tanpa berfikir panjang, aku terus membawa adik pulang ke rumah. Sebelum itu... aku sudah cuba untuk menelefon ustazah, selaku guru kelasnya.. namun, panggilan tidak berjawab. Aku pon.. apa lagi... menghantar pesanan ringkas yang berbunyi: “Assalamualaikum ustazah. Ni mai...kakak zahirah. Mai minta maaf. Mai bawak zahirah balik.. sbb dia menangis melalak x berhenti.. mai dh penat pujuk dia . Tiada jalan lain selain bawak dia jumpa mak dan dia nk susu. Dia ni... lain mcm sikit. Maaf sgt2. Mai dah balik tau. Mai penat. Dah x tahan.”

      Selepas itu... aku  terus  membawanya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Aku bawak selaju mungkin seolah- olah orang hilang akal.  Akhirnya sampai dirumah, aku terus masuk ke dalam bilik dan air mataku mengalir deras tanpa sebab. Aku cuba menahan rasa itu... namun makin teresak-esak . Sehinggalah mama masuk ke dalam bilik dan memujukku. Mama juga hairan, kenapa aku menangis??? Waktu itu... perasaanku bercampur baur. Penat, letih, geram, marah, malu, dan ...segalanya hanya terbuku dihati dan air mata menjadi saksi segala apa yang kuhadapi hari itu. Sehinggalah mukaku merah, mataku bengkak..selepas penat menangis... aku menghantar surat untuk ayahanda melalui whatsapp... dalam surat itu aku menulis : “Surat buat ayahanda...

Daddy,
I make a decision to back home.

And now... i am crying loudly at home.

Terima kasih kerana hadiahkan kakak seorang adik yg persis Maizatul Amira sewaktu kecil.

Now.. kakak dh tahu and faham.. mcm mana perasaan ayah ketika itu.

Ketika mana.. amira yg menangis sampai muntah x nk ke sekolah.

And now.. benda tu.. kakak dah rasa sendiri. Dah hadapi sendiri bagaimana situasi ketika itu.

Maaf... bnyk menyusahkan ayah, mama dari kecil sampailah sekarang... dah besar.

Kakak dan adik dah selamat sampai ke rumah.
Kakak just beri mesej pada ustazah. Sbb ustazah x de dlm kelas dan call x dpt..”

Itulah ayat yang aku beri pada ayahanda....

       Selepas kejadian itu... aku serik dan tidak mahu lagi menghantar adik kesekolah. Cukuplah sekali. Aku tidak mahu lagi.... waktu aku menangis juga... aku terfikir.. beginilah pengorbanan seorang ayah dan ibu... betapa kuatnya mereka tetap sabar dan tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam melayan kerenah setiap seorang anaknya. Maka.... tamatlah kisah si puteri bongsu... Nantikan kisah yang lain selepas ini.... in sha Allah. Assalamualaikum semua yang sudi membaca!



Sekolah pagi, Ceria je... seronok je...


Adik duduk dibahagian depan sekali....



Sekolah agama, sekolah petang... dah start menangis. Mungkin adik penat ni....


Sanggup duduk tepi longkang... tak nak masuk kelas.. adik2. Sabar je lah.







Sunday, 20 December 2015

KELUARGA & SAHABAT itulah kalian

Bismillah, Assalamualaikum.

Actually, aku dah malas nak berblog ni… tapi, bila tak menulis rasa macam tak puas. Sebab aku ni bukanlah jenis orang yang memendam, so… better aku luahkan supaya hati aku tenang. Hahaha

Ceritanya bermula, pada Tanggal 19 Disember 2015 aku dan skuad palapes yang lain pergi bercuti di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum pergi bermacam-macam persiapan yang kami lakukan.  Aku ada terdengar cerita yang ladies nanti kene berhimpit- himpit dalam kereta masa nak pergi… so.. bila dah dengar mcam tu, aku, sebagai “kakak” , mestilah ada rasa kasihan dekat adik2 aku kalau mereka berhimpit dalam kereta masa perjalanan ke PD. Kita, mestilah nak kan keselesaaan kan??? Jadi, aku buat keputusan untuk pinjam kereta sepupuku, Kak Hafizah. 

Sehari sebelum pergi ke pantai…
Jumaat, 18 Disember, habis je kelas Hubungan Etnik pukul 4 petang, aku, minta tolong sahabat PK , Fakhruddin namanya… untuk hantar aku dan Farah ‘Ain ke Bangi Avenue untuk ambil Kereta Kelisa  Kak Hafizah untuk dibawa keesokan harinya. Alhamdulillah, kereta dah dapat, lega sikit rasanya untuk pergi esok.

Pagi tu, 19 Disember 2015,
Pukul 4.45 pagi aku dah terjaga… nak pergi PD je pun… gaya bangun awal macam nk pergi training dekat Markas Palapes UKM. Hahahaha. Aku, pada mulanya nak tido semula, tpi bila fikirkan balik, aku tak kemas barang2 lagi nak pergi pagi tu, aku terus batalkan niat untuk tidur semula. Tepat jam 6.35 pagi, seramai 5 orang Sahabat PKW dah tunggu dekat pondok wakaf untuk dihantar ke Kolej Kediaman Sutera Indah. Sebab, pagi tu.. kami perlu berkumpul disana dahulu, barulah gerak bersama-sama. bagus kan?? 5 orang tu… nak tahu siapa? Haha… Fatin Nadia, Haliza, Ain Azamat, Shahira Diyana dengan Fatimah Azzahra. Merekalah orang terawal yang turun pagi tu.. namapak semangat kat situ… hihi.

Nasib baik Fatimah Azzahrah pandai dan cekap memandu kereta manual, apa lagi… aku minta bantuan dia untuk hantar sahabat yang dah turun awal. Terima kasih aku ucapkan pada Fatimah. Separuh PKW lagi Farid datang ambil. Terima kasih, Farid. 
Lepas semua dah berkumpul di KKSI, kami membaca Doa naik kenderaan supaya perjalanan kami selamat sampai…Bacaan doa diketuai oleh, YDP kami, Muhammad Fikri. Maka, bermulalah perjalanan kami ke…..pantai Port Dickson.

Kereta aku, belakang kereta Fikri… kononnya Konvoi… tiba2, driver kereta kelisa, Farah ‘Ain…berkata, dia tahu jalan potong untuk ke PD. “jalan shortcut”. So, aku pon.. cakaplah, ikut ko lah.. cepat sikit sampai. Hahaha. Nampak sgt excited nak mandi pantai…Aku ingatkan kereta yang lain akan follow belakang kami, rupanya….. tidak. Sangkaan kami meleset sama sekali. Kami teruskan perjalanan sampai ke luar TOL  LUKUT. Tak lama lps tu dah nak sampai PD, kami telefon sahabat yang masih dalam perjalanan, dan masing2 terkejut bila aku kata “kitorng dah sampai PD” cepatnya! Ha…

Sampai je PD…
Kejadian yang tidak diingini berlaku….yang ni… Biarah Rahsia…. antara kami satu skuad.. Hahahaha.  Biasalah, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan.. Semua yang berlaku menjadikan pengalaman baru, dan pengalaman tersebutlah yang dapat mematangkan fikiran.

Sampai je… kami terus set up tempat, dan main bola tampar! Untuk pertama kalinya  Aku naik Banana Boat. Hahahaah. Malu je… dan pakcik tu jatuhkan kami dua kali.. aku rasa masa tu macam… janganlah aku mati lemas kat tengah laut ni Ya Allah… sumpah takut gila waktu tu.. tapi, ade skuad aku yang aku saying, masing2 bekerjasama membantu untuk naik semula atas banana boat tu…terima kasih kat Din, Firas, Maisarah, Dayah Hizam, Adah, Ecah, Fatin Nadia, Khalida Fatini, Fazira dan Farah ‘Ain. Kami satu banana! Hahah.

Lepas main banana boat, main bola tampar pantai  plk.. dah penat, barulah nak naik, makan… Terima kasih banyak dekat Parents Fikri a.k.a Cak, yang sudi membantu untuk sediakan makanan tengah hari kami… terima kasih gak sebab bawakkan kuali dgn dapur untuk kami goring keropok lekor. Alhamdulillah, lauk semua sedap2.

Last sekali kami bergambar ramai-ramai..dan berkumpul semula. Masa tu, Fikri tanya.. ada tak sesiapa yang adahal malam tu dan perlu balik awal.. ada lebih kurang 5 orang, dan mereka terpaksa balik. Walaupun berat hati nak balik, namun… pelajaran dan keluarga perlu diutamakan. 

Yang stay, kami dibawa ke Tanjung Tuan dan mendaki Bukit… siap jungle tracking lagi tu… yang ladies, ramai pulak yang pakai kain sambil berjungle tracking.. dalam tentera, arahan berubah-ubah, so.. lps ni ladies, prepare lah awal2 seluar k? hahaha. Masa ni lah kami train diri supaya annual camp nanti dah biasa masuk hutan. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke Puncak Bukit tu…

Subhanallah! Sungguh cantik pemandangan dari atas bukit tu.. indahnya ciptaan Allah! Dah penat.. kami pun turun dan otw balik ke USIM semula…Masa tu, aku kene hantar Farah ‘Ain pulang kerumahnya di Labu, jadi… kami pon singgah ke rumahnya.

Dalam perjalanan untuk pulang, aku terlihat seorang lelaki umpama pakcik tua. Rupa-rupanya budak… hihihi. Sampai depan sikit, ternampak pulak seorang wanita berjubah dan berselendang. Di tangannya memegang topi keledar. Waktu tu.. hatiku berdebar-debar ingin melihat siapakah gerangan wanita tersebut. Bila kereta melepasi sajhaja wanita tersebut, aku terus pandang belakang dan aku sangatlah terkejut bila melihat wajahnya. Biarlah aku dan sahabat di dalam kereta Kelisa je yg tahu bagaimana rupa wanita itu…  tak berani nak cerita lebih..

Dan sampai di Nilai, kami berkumpul dahulu di Masjid Putra Nilai, untuk makan malam bersama. Pada mulanya,kami pergi ke Kedai Makan MMA. Namun, orang terlalu ramai dan kami pergi ke Planet Tomyam. Sedap jugak makanan kat situ…harga pon berpatutan.. Alhamdulillah, semua dah kenyang dan kami pulang dengan hati yang gembira. 

Dalam kami bergembira, ada jugak skuad kami yang sedang berduka… Zulhilmi, tabahkan hati ye.. moga terus kuat dengan Ujian yang Allah beri… aku tahu kau KUAT! Tabah! Dan Cekal!
Sahabat, gembira, gembira jugak, Final Exam jgn lupa ye… baca buku ~ BUAT ULANGKAJI…Bila ingt je final, fuhhhh nk gugur jantung, berdebor! Moga skuad aku dipermudahkan segala urusan, diberi petunjuk semasa menjawab exam, dan aku selalu mendoakan agar Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik buat kita semua… Sesungguhnya DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. In sha Allah, Aamiin…


Sahabat,
Terima kasih untuk 18 jam bersama kalian……19hb Disember 2015,aku dah anggap kalian macam adik-beradik aku sendiri... terlakarlah sebuah cerita, kenangan, pahit manis kita bersama. Moga Ukhuwah yang terjalin, yang kita bina selama ini, akan tetap utuh dan berkekalan hingga ke Jannah! Dan yang paling penting! MISI KITA BERSAMA UNTUK KEKAL HINGGA TAULIAH SERAMAI 57 ORANG! 
Aku sayang korang!!!


Yang mencoret,
7536195 Pegawai Kadet Wanita Maizatul Amira Binti Ramat



Nah.. aku share sikit gambar sepanjang satu hari bersama mereka... dari sebelum pergi, semasa dan selepas.



bye PD, kami nak pulang....









ketawa bersama, menangis pun bersama...











Baru turun daripada Bukit... Tanjung Tuan



BYE semua... doakan kami selamat!








yeayyy dah sampai PORT DICKSON!



kamilah sahabat, teman dan adik-beradik

Sedikit taklimat daripada YDP kami


First time aku naik PENCIL ni.... BAnana BOat!




Ni lah driver kami....yg buat peace tu..

Sementara tunggu trip seterusnya untuk ke kksi, kami pun berselfie! hahaha

mana mereka ni... nk pergi KKSI

Aishah rasa happy !

Sampai- sampai je.. semua terus ,main bola tampar



Friday, 13 February 2015

atuk

Bismillah. Assalamualaikum...
pejam celik- pejam celik... hari ini, 14 Febuari 2015, 
genap 4 tahun arwah atuk kesayanganku,
Sarbini Bin Hj. Abu Naim pergi meninggalkan kami.

Atuk,
tulus ikhlasmu,
luhur budimu,
bagai tiada pengganti,
senyum tawamu,
juga katamu menghiburkan kami...
memori indah kita bersama terus bersemadi...
kaulah atuk yang paling kucintai...
moga amanlah dan bahagia..
dikau disana.
setangkai doa juga Fatihah...terus kukirimkan,
moga disana kau bersama para solihin...
Amin Ya Rabbal alamin...
mira doakan semoga atuk bertemu dgn bidadari atuk disana..(mak atuk)

Sedih rasanya, 
hati ini..bila mengenangkan, 
aku tak pernah lupa, masa aku tinggal dengan atuk kat kampung,
aku sering dimarah, kerana kesalahanku sendiri,
tiap kali aku sedih, aku mesti pergi tandas dan menangis,
kadang aku menangis waktu mandi kerana berkecil hati.
tapi, setiap kemarahan atuk, pasti akan habis disitu sahaja. Atuk, aku tahu, marahmu itu tanda sayang... dan setiap kata-katamu itu, aku ambil dan jadikan sebagai pedoman hidup ini.
Aku sayang Atuk kerana Allah…

Displaying .facebook_1423878108579.jpg
tengah: atuk

Al- Fatihah

Image result for image alfatihah