Posts

Showing posts from December, 2015

KELUARGA & SAHABAT itulah kalian

Image
Bismillah, Assalamualaikum. Actually, aku dah malas nak berblog ni… tapi, bila tak menulis rasa macam tak puas. Sebab aku ni bukanlah jenis orang yang memendam, so… better aku luahkan supaya hati aku tenang. Hahaha Ceritanya bermula, pada Tanggal 19 Disember 2015 aku dan skuad palapes yang lain pergi bercuti di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum pergi bermacam-macam persiapan yang kami lakukan.  Aku ada terdengar cerita yang ladies nanti kene berhimpit- himpit dalam kereta masa nak pergi… so.. bila dah dengar mcam tu, aku, sebagai “kakak” , mestilah ada rasa kasihan dekat adik2 aku kalau mereka berhimpit dalam kereta masa perjalanan ke PD. Kita, mestilah nak kan keselesaaan kan??? Jadi, aku buat keputusan untuk pinjam kereta sepupuku, Kak Hafizah.  Sehari sebelum pergi ke pantai… Jumaat, 18 Disember, habis je kelas Hubungan Etnik pukul 4 petang, aku, minta tolong sahabat PK , Fakhruddin namanya… untuk hantar aku dan Farah ‘Ain ke Bangi Avenue untuk ambil Kereta Kelisa