KELUARGA & SAHABAT itulah kalian

Bismillah, Assalamualaikum.

Actually, aku dah malas nak berblog ni… tapi, bila tak menulis rasa macam tak puas. Sebab aku ni bukanlah jenis orang yang memendam, so… better aku luahkan supaya hati aku tenang. Hahaha

Ceritanya bermula, pada Tanggal 19 Disember 2015 aku dan skuad palapes yang lain pergi bercuti di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum pergi bermacam-macam persiapan yang kami lakukan.  Aku ada terdengar cerita yang ladies nanti kene berhimpit- himpit dalam kereta masa nak pergi… so.. bila dah dengar mcam tu, aku, sebagai “kakak” , mestilah ada rasa kasihan dekat adik2 aku kalau mereka berhimpit dalam kereta masa perjalanan ke PD. Kita, mestilah nak kan keselesaaan kan??? Jadi, aku buat keputusan untuk pinjam kereta sepupuku, Kak Hafizah. 

Sehari sebelum pergi ke pantai…
Jumaat, 18 Disember, habis je kelas Hubungan Etnik pukul 4 petang, aku, minta tolong sahabat PK , Fakhruddin namanya… untuk hantar aku dan Farah ‘Ain ke Bangi Avenue untuk ambil Kereta Kelisa  Kak Hafizah untuk dibawa keesokan harinya. Alhamdulillah, kereta dah dapat, lega sikit rasanya untuk pergi esok.

Pagi tu, 19 Disember 2015,
Pukul 4.45 pagi aku dah terjaga… nak pergi PD je pun… gaya bangun awal macam nk pergi training dekat Markas Palapes UKM. Hahahaha. Aku, pada mulanya nak tido semula, tpi bila fikirkan balik, aku tak kemas barang2 lagi nak pergi pagi tu, aku terus batalkan niat untuk tidur semula. Tepat jam 6.35 pagi, seramai 5 orang Sahabat PKW dah tunggu dekat pondok wakaf untuk dihantar ke Kolej Kediaman Sutera Indah. Sebab, pagi tu.. kami perlu berkumpul disana dahulu, barulah gerak bersama-sama. bagus kan?? 5 orang tu… nak tahu siapa? Haha… Fatin Nadia, Haliza, Ain Azamat, Shahira Diyana dengan Fatimah Azzahra. Merekalah orang terawal yang turun pagi tu.. namapak semangat kat situ… hihi.

Nasib baik Fatimah Azzahrah pandai dan cekap memandu kereta manual, apa lagi… aku minta bantuan dia untuk hantar sahabat yang dah turun awal. Terima kasih aku ucapkan pada Fatimah. Separuh PKW lagi Farid datang ambil. Terima kasih, Farid. 
Lepas semua dah berkumpul di KKSI, kami membaca Doa naik kenderaan supaya perjalanan kami selamat sampai…Bacaan doa diketuai oleh, YDP kami, Muhammad Fikri. Maka, bermulalah perjalanan kami ke…..pantai Port Dickson.

Kereta aku, belakang kereta Fikri… kononnya Konvoi… tiba2, driver kereta kelisa, Farah ‘Ain…berkata, dia tahu jalan potong untuk ke PD. “jalan shortcut”. So, aku pon.. cakaplah, ikut ko lah.. cepat sikit sampai. Hahaha. Nampak sgt excited nak mandi pantai…Aku ingatkan kereta yang lain akan follow belakang kami, rupanya….. tidak. Sangkaan kami meleset sama sekali. Kami teruskan perjalanan sampai ke luar TOL  LUKUT. Tak lama lps tu dah nak sampai PD, kami telefon sahabat yang masih dalam perjalanan, dan masing2 terkejut bila aku kata “kitorng dah sampai PD” cepatnya! Ha…

Sampai je PD…
Kejadian yang tidak diingini berlaku….yang ni… Biarah Rahsia…. antara kami satu skuad.. Hahahaha.  Biasalah, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan.. Semua yang berlaku menjadikan pengalaman baru, dan pengalaman tersebutlah yang dapat mematangkan fikiran.

Sampai je… kami terus set up tempat, dan main bola tampar! Untuk pertama kalinya  Aku naik Banana Boat. Hahahaah. Malu je… dan pakcik tu jatuhkan kami dua kali.. aku rasa masa tu macam… janganlah aku mati lemas kat tengah laut ni Ya Allah… sumpah takut gila waktu tu.. tapi, ade skuad aku yang aku saying, masing2 bekerjasama membantu untuk naik semula atas banana boat tu…terima kasih kat Din, Firas, Maisarah, Dayah Hizam, Adah, Ecah, Fatin Nadia, Khalida Fatini, Fazira dan Farah ‘Ain. Kami satu banana! Hahah.

Lepas main banana boat, main bola tampar pantai  plk.. dah penat, barulah nak naik, makan… Terima kasih banyak dekat Parents Fikri a.k.a Cak, yang sudi membantu untuk sediakan makanan tengah hari kami… terima kasih gak sebab bawakkan kuali dgn dapur untuk kami goring keropok lekor. Alhamdulillah, lauk semua sedap2.

Last sekali kami bergambar ramai-ramai..dan berkumpul semula. Masa tu, Fikri tanya.. ada tak sesiapa yang adahal malam tu dan perlu balik awal.. ada lebih kurang 5 orang, dan mereka terpaksa balik. Walaupun berat hati nak balik, namun… pelajaran dan keluarga perlu diutamakan. 

Yang stay, kami dibawa ke Tanjung Tuan dan mendaki Bukit… siap jungle tracking lagi tu… yang ladies, ramai pulak yang pakai kain sambil berjungle tracking.. dalam tentera, arahan berubah-ubah, so.. lps ni ladies, prepare lah awal2 seluar k? hahaha. Masa ni lah kami train diri supaya annual camp nanti dah biasa masuk hutan. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke Puncak Bukit tu…

Subhanallah! Sungguh cantik pemandangan dari atas bukit tu.. indahnya ciptaan Allah! Dah penat.. kami pun turun dan otw balik ke USIM semula…Masa tu, aku kene hantar Farah ‘Ain pulang kerumahnya di Labu, jadi… kami pon singgah ke rumahnya.

Dalam perjalanan untuk pulang, aku terlihat seorang lelaki umpama pakcik tua. Rupa-rupanya budak… hihihi. Sampai depan sikit, ternampak pulak seorang wanita berjubah dan berselendang. Di tangannya memegang topi keledar. Waktu tu.. hatiku berdebar-debar ingin melihat siapakah gerangan wanita tersebut. Bila kereta melepasi sajhaja wanita tersebut, aku terus pandang belakang dan aku sangatlah terkejut bila melihat wajahnya. Biarlah aku dan sahabat di dalam kereta Kelisa je yg tahu bagaimana rupa wanita itu…  tak berani nak cerita lebih..

Dan sampai di Nilai, kami berkumpul dahulu di Masjid Putra Nilai, untuk makan malam bersama. Pada mulanya,kami pergi ke Kedai Makan MMA. Namun, orang terlalu ramai dan kami pergi ke Planet Tomyam. Sedap jugak makanan kat situ…harga pon berpatutan.. Alhamdulillah, semua dah kenyang dan kami pulang dengan hati yang gembira. 

Dalam kami bergembira, ada jugak skuad kami yang sedang berduka… Zulhilmi, tabahkan hati ye.. moga terus kuat dengan Ujian yang Allah beri… aku tahu kau KUAT! Tabah! Dan Cekal!
Sahabat, gembira, gembira jugak, Final Exam jgn lupa ye… baca buku ~ BUAT ULANGKAJI…Bila ingt je final, fuhhhh nk gugur jantung, berdebor! Moga skuad aku dipermudahkan segala urusan, diberi petunjuk semasa menjawab exam, dan aku selalu mendoakan agar Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik buat kita semua… Sesungguhnya DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. In sha Allah, Aamiin…


Sahabat,
Terima kasih untuk 18 jam bersama kalian……19hb Disember 2015,aku dah anggap kalian macam adik-beradik aku sendiri... terlakarlah sebuah cerita, kenangan, pahit manis kita bersama. Moga Ukhuwah yang terjalin, yang kita bina selama ini, akan tetap utuh dan berkekalan hingga ke Jannah! Dan yang paling penting! MISI KITA BERSAMA UNTUK KEKAL HINGGA TAULIAH SERAMAI 57 ORANG! 
Aku sayang korang!!!


Yang mencoret,
7536195 Pegawai Kadet Wanita Maizatul Amira Binti Ramat



Nah.. aku share sikit gambar sepanjang satu hari bersama mereka... dari sebelum pergi, semasa dan selepas.



bye PD, kami nak pulang....









ketawa bersama, menangis pun bersama...











Baru turun daripada Bukit... Tanjung Tuan



BYE semua... doakan kami selamat!








yeayyy dah sampai PORT DICKSON!



kamilah sahabat, teman dan adik-beradik

Sedikit taklimat daripada YDP kami


First time aku naik PENCIL ni.... BAnana BOat!




Ni lah driver kami....yg buat peace tu..

Sementara tunggu trip seterusnya untuk ke kksi, kami pun berselfie! hahaha

mana mereka ni... nk pergi KKSI

Aishah rasa happy !

Sampai- sampai je.. semua terus ,main bola tampar



Comments

Popular posts from this blog

Turun Berat adalah HIJRAH supaya Mudah beribadah💪🏼

15 Ogos 2014

Kisah Si Puteri Bongsu