Last Ramadanku di Bumi Barakah KMNS
Asssalamualaikum, Hari ini, Jumaat, Tanggal 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435H merupakan Ramadan Tera khirku di Bumi Barakah KMNS ini.. Aku berasa sedikit terkilan dan sedih kerana aku bersahur keseorangan ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang sangat dingin. Barangkali malam lailatul qadar? Puas aku megejut Roomate and kawan di bilik hadapan, namun..mereka tidak mengendahkan. Hurm.. tak pe lah... Tanpa membuang masa aku pergi ke kafe untuk membeli makanan untuk dibuat sahur, tiada orang pon di kafe..hanya dua orang akak JAGA dan dua orang pelajar.. lagi dua orang makcik kafe tukang masak. Aku makan nasi berlaukkan ikan bilis masak kicap dan sambal sardin. Alhamdulillah,kenyang. aku makan, makan dan terus makan sambil menunngu rakan-rakanku untuk bangun menemaniku, namun, mereka tetap dibuai mimpi dan terus lena... Aku sayang mereka, lalu aku terus mengejut, tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk terus tidur. Seminit kemudian,Telefonku berdering...