Last Ramadanku di Bumi Barakah KMNS

Asssalamualaikum,

Hari ini, Jumaat, Tanggal 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435H merupakan
Ramadan Terakhirku di Bumi Barakah KMNS ini..
Aku berasa sedikit terkilan dan sedih kerana aku bersahur keseorangan ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang sangat dingin. Barangkali malam lailatul qadar? Puas aku megejut Roomate and kawan di bilik hadapan, namun..mereka tidak mengendahkan. Hurm.. tak pe lah...

Tanpa membuang masa aku pergi ke kafe untuk membeli makanan untuk dibuat sahur, tiada orang pon di kafe..hanya dua orang akak JAGA dan dua orang pelajar.. lagi dua orang makcik kafe tukang masak. Aku makan nasi berlaukkan ikan bilis masak kicap dan sambal sardin. Alhamdulillah,kenyang. aku makan, makan dan terus makan sambil menunngu rakan-rakanku untuk bangun menemaniku, namun, mereka tetap dibuai mimpi dan terus lena... Aku sayang mereka, lalu aku terus mengejut, tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk terus tidur.

Seminit kemudian,Telefonku berdering menandakan ada panggilan masuk, Oh! Bondaku telefon dan bertanyakan adakah aku sudah bangun. Ya ma, kakak dah bangun..tengah sahur ni. Terima kasih buat dua insan yang bernama Emak dan Ayah kerana setia mengejut aku setiap pagi dari awal Ramadan lagi. Maafkan kakak mak dan ayah kerana terkadang aku tidak terjaga saat kau menelefonku..Merekalah insan yang paling setia dan sabar dengan kerenahku.

Sebenarnya tipu kalau aku akap yang aku tak rindu dengan Roomate lamaku, KAK HANISAH. Aku rindu hendak bersahur dan berbuka dengannya. Maklumlah, kalau dulu..setiap pagi, dia pasti akan mengejutku untuk bersahurm, tetapi Ramadan kali ini, aku terpaksa berdikari unruk bangun sendiri. Masa semakin berlalu dan kini aku sedah besar, Jadi, aku mesti berdikari.

Petang ini, aku akan pulang ke rumah dan aku berharap agar perjalananku dipermudahkan. Terima kasih Wahai Ayah kerana sanggup melayan kerenahku untuk jemput aku di Kolej ini...Ayahlah orang yang paling tidak pernah mengecewakan setiap permintaaanku. Segala apa yang aku mahu pasti dia akan tunaikan. 
Yelah, petang ni aku ada IFTAR JAMAIE bersama rakan lamaku BATCH 15 KUSISS, sebab itu ayah sanggup menjemputku.. Kalau tak, memang aku akan berdikari untuk naik bas dan ktm.Thanks again AYAH SAYANG.

Dikesempatan ini juga Aku  ingin mengucapkan 
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Maafkan segala kesalahanku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minumku serta ilmu yang kalian pernah beri. Semoga Ramadan dan Syawal kali ini memberi penuh makna. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Turun Berat adalah HIJRAH supaya Mudah beribadah💪🏼

15 Ogos 2014

Kisah Si Puteri Bongsu