Bila Allah menduga ~

Assalamualaikum~
Pernahkan anda menghadapi masalah hidup??? sudah tentu pernah. siapa yang cakap dalam hidup dia tidak ada masalah,itulah masalahnya kerana dia sendiri tidak tahu apa masalah dia.
Suatu hari aku rasa down sangat...aku tak tahu pada siapa aku mahu ceritakan,nak cerita pada mama,mungkin dia hanya boleh mendengar,nak cerita pada ayah,ayah pon begitu juga...mungkin mereka hanya mampu memberi nasihat...nak cerita pada kawan2??? semenjak aku belajar di matrik, aku masih belum jumpa seorang kawan yang betul2 faham aku ni macam mana, mencari kawan itu mudah tetapi SAHABAT  memang susah...kadang2 mereka tidak faham situasi kita sebab mereka tidak merasainya,  Aku tahu...pada siapa aku harus cerita,,, ya! pada ALLAH S.W.T . Hanya DIA sahaja yang memahami aku....
sehingga pada suatu hari,aku terduduk dan menangis,lalu aku mencoretkan apa yang aku rasa...

UJIAN
Jika disebut mufradat itu
Pasti ramai yang tidak suka mendengar
Apatah lagi mengharunginya
Tapi aku???
Aku reda dengan apa yang Dia berikan
Walau kadang aku mengeluh
Walau kadang aku menangis
Tapi aku cuba untuk hadapi dengan tabah dan sabar
Subhanallah! Aku tidak kuat
Aku hanya manusia biasa
Lemah dan hina
Kadang2 aku tidak faham
Kenapa engkau tidak pernah cuba untuk faham aku?
Ya, aku sedar.... tiada manusia yang maksum di dunia ini
Aku juga manusia yang tidak sempurna
Tapi kenapa ? Semudah itu kau memerli aku? Semudah itu kau perkecilkan aku
Kau ingat aku tidak punya hati dan perasaan?
Jika ditanya soal hati
Terlampau banyak yang ingin aku perkatakan
Kerana mulut aku berkecil hati
Memang aku diajar bersabar sejak dari kecil lagi
Tapi pernah tak kau fikir bahawa sabar itu ada batasnya
Selama ini... aku, aku dan hanya aku sahaja yang mengalah....
Dan aku jugalah yang terlampau bersabar dengan sikapmu
Jangan sampai suatu hari nanti kau akan terkejut dengan perilakuku
Memang kau nampak aku seorang muslimah yang lemah lembut,Bertudung litup, ayu, dan ibtisam daiman....
Pernah tak kau fikir , lembut muslimahku masih ada tegasnya
Sopan-santunku masih ada gila2 nya
Jangan sampai gunung berapi meletus
Masa itu tidak ada gunanya engkau berbaik denganku
Kerana terlampau lama aku bersabar denganmu....
Selama ni aku pendam, pendam dan pendam sahaja di dalam hati... hanya Dia yang tahu. .. kerana Dialah Yang memegang hatiku... Sesungguhnya sabar itu indah
Syukur Ya Allah kerana engkau hadirkan dia sebagai ujianmu kepadaku
Engkaulah yang mengajarku erti kesabaran
Engkau jua mendewasakan aku dengan ujian
Akan ku terima dengan hati terbuka
Akan ku cuba dan terus cuba harungi ujianmu... walau berat mana dan besar mana sekalipun
Kerana jika aku fikirkan...
Muhasabah diriku
Sebenarnya ada orang yang lebih hebat diuji
Bukan sahaja ujian hati....
Malah ujian kesakitan, kepandaian, kecantikan, kekayaan dan banyak lagi
Dan Sebenarnya. .. setiap anugerah itu adalah ujian....
Inilah yang dinamakan Rahmat ujian
Dan aku sedar...
mungkin Allah rindu mendengarkan rintihanku berpanjangan
Allah juga hendak menguji tahap keimanan.... kerana Allah mengasihiku, mengasihimu setiap masa
Maka.... harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian melanda...
Terima kasih Allah atas kurniaanmu yang tidak ternilai....

Benarlah....aku selalu mendengar orang kata...manusia selalu lupa kebaikan yang orang lakukan padanya.... dia akan hanya ingat keburukan dan kesalahan yang orang lakukan... dah nama pon manusia.. sabar je lahh dengan ragam dan perangai manusia.....

Semoga aku terus tabah dan sabar untuk mengharungi hari-hari mendatang~Allahumma ameen~

Comments

Popular posts from this blog

Turun Berat adalah HIJRAH supaya Mudah beribadah💪🏼

15 Ogos 2014

Kisah Si Puteri Bongsu