15 Ogos 2014



Assalamualaikum,

Pada tanggal 15 Ogos 1995 lahirlah seorang bayi comel tepat pada jam 3.45 pagi. Bayi tersebut dinamakan Maizatul Amira Binti Ramat. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuanku dituruti mereka. Maklumlah aku anak perempuan sulung. Aku menjadi harapan mereka dari kecil hinggalah dewasa. Aku dijaga dengan baik seperti permata dalam kaca. Sehinggalah hari ini genap umurku 19 tahun dan aku merasakan betapa hebatnya kalian kerana dapat membesarkan aku dengan baik, menyayangi aku dan kalian tidak pernah mengecewakan aku walau sekalipun. Tiada kata yang mampu kuucap selain Doa yang mampu kuberikan.Terima kasih mama kerana melahirkan aku didunia ini. Terima kasih ayah kerana menjaga dan mendidikku menjadi insan yang berguna didunia ini. Terima kasih buat kalian berdua. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberi ganjaran buat kalian berdua. Aku sayang Mama dan Ayah. Ya Allah, kau berkatilah kehidupan mereka,sesungguhnya aku sayang mereka keranaMu. Allahumma ameen.















Comments

Popular posts from this blog

Turun Berat adalah HIJRAH supaya Mudah beribadah💪🏼

Kisah Si Puteri Bongsu