Friday, 12 September 2014

Marina Cove Resort, Lumut Perak

Assalamualaikum…

Hye semua! Apa khabar??? Lama kan mai tak update blog.. maklumlah, busy dgn preparation final exam.*lah sangat.. haha. Actually baru abes (UPS) Ujian Pertengahan Semester 3.RESULT keluar 17hb ni..hope semua dapat result yg baik okay! Amin.. yang kurang baik boleh cuba lagi untuk PSPM Yg  bakal menjelang tiba beberapa minggu lagi. Wah… tak lama lagi dah nk final, then Sem 4! Cepatnya masa berlalu…


Okay, Entry kali ni sebenarnya nak ceritakan pengalaman mai sepanjang mai menghadiri Kursus Kepemimpinan Pembimbing Rakan Dinamik (PRD).Seriously best! Seronok sangat… walaupun pada mulanya mai menangis tak nak pergi…benarlah orang selalu cakap, setiap perkara tu mesti ada hikmahnya. Nak tahu sebab apa mai menangis? Yelah,pemilihan untuk ke kem ni guru kaunseling yang buat. Budak-budak yg terpilih hanyalah dari kalangan yg jawatan tertinggi. Mai ni siapa je. Cuma Ahli Biasa.. tapi mai terpilih??? Ramai kawan2 PDT mempersoalkan macam mana mai boleh terpilih ha? Mai nak jawab apa? Mai Cuma mampu jawab, Alhamdulillah, Aku orang yg bertuah, Allah yang pilih aku. Mungkin inilah yg dinamakan rezeki.


Budak PDT, Aku dengan kawan baik aku ni je yg terpilih… Aku dengan Amira Ibrahim. Semua orang memng peliklah kan? Kenapa asyik budak dua orang ni je yang terpilih. Adalah suara2 sumbang kat belakang mengatakan, “untunglah rapat dengan cikgu, Baik-baik dengan cikgu, sebab tu la senang je nak dapat” ok! Lantak korang lah nak ckp apa, aku pekakkan je telinga. Aku memang tak pernah terfikir and x de niat langsung nak buat baik dekat orang and mengaharap akan dibalas semula. Tapi memang fitrah dunia ni, siapa yang melakukan kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Dekat kem tu aku belajar, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET. So? Buat ape nak pikir sgt apa orang ckp. Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)


Okay, kini tibalah masanya kami bertolak dari KMNS ke Marina Cove Resort,Lumut Perak. Pagi2 lagi aku dah bangun sebab excited nak pergi.. mula-mula memanglah berat je hati ni nak pergi sebab kene tinggalkan kelas dua hari, Jumaat dan Isnin. Malam tu kawan baik aku, Amira Ibrahim dah tarik diri. Dia memang dah tak nak pergi. Tapi aku tetap dengan pendirian aku, Aku tetap nak pergi ! aku nak cari sesuatu yang baru! In sha Allah dengan niat baik aku segala urusan Allah akan permudahkan.


Okay, aku je ke yang semangat? Pukul 6.30 pagi aku dah terpacak dekat foyer and bas pon dah ade. Masa tu ade dua tiga orang je adik2 PST Sem 1 ni… mana yang lain??? Aku ni dah la jenis orang tak suka menunggu. Aku sabar je… mungkin sejak dari kecil ayah dan emak mengajarku berdisiplin. Sebab tu aku sangat pantang bila orang lambat walaupun seminit. Maklumlah ayahku seorang bekas Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) mak pula Askar WATANIAH. Sebab itu dari kecil aku diterapkan dengan nilai2 murni seperti mematuhi peraturan dan menepati masa! Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, masih ada lagi yang tidak sampai. Aku cuba untuk menelefon rakan yg tiada,namun.. semuanya voicemail. Tertidur rupanya mereka. Aku ingat lagi waktu itu Ustaz Asri menulis di Group WhatsApp kami. “Anda gagal dalam Penilaian pertama saya” Walaupun mungkin bukan aku, tapi ayat tersebut menusuk ke kalbu. Yelah, siapa tak sedih, kita sekarang SATU TEAM! Bukan pergi sorang2. So kenelah ade Communication antara ahli dlm group tu…


Sebelum aku pergi, sempat aku telefon ayah.Ayah memberi kata-kata semangat buatku sehingga mengalir air mata. Yelah, kali ni aku sorang je PDT Sem 3. Kawan baikku tiada untuk menemani aku disana. Ayah kata “think positive! Kakak bole cari lagi ramai kawan kat sana, kawan kakak bukan Amira sorang!” Okay ayah! Kakak dengar cakap ayah. Dalam bas, aku duduk dengan seorang budak PST jurusan Akaun. Sepanjng aku jadi PRD, aku tak kenal pon siapa dia ni. Kini tibalah masanya untuk aku berkenalan dengan dia,namanya Fatin Nabilah, aku panggil dia fatin. Sepanjang dalam bas, aku banyak bercerita tentang pengalaman hidupku. Tak sangka kami banyak “chemistry” yelah, setiap apa yg  aku cerita, mesti dia akan cakap, “eh,samalah!”.


Perjalanan hampir 6 jam, aku langsung tidak tidur. Sepanjang jalan aku melihat pemandangan dan bersembang dengan Fatin. Sampai di Kuala Selangor ,aku lagi excited… semua orang aku bgtahu, ha! nil ah rumah mai, tu sekolah mai.. tu pekan kuala… ade bukit malawati. Ustaz Asri dan Cikgu Amirah melayan je kerenah aku bagaikan anak kecil.Sampai di Perak, kami berhenti lagi, Cikgu Amirah belanja makan buah dukung! Lebih kurang pukul 3.00 ptg, kami sampai di MARINA COVE RESORT. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki disini.


Check in bilik…aku dapat bilik dengan ANIS SHAHIRAH and MUNIRAH. Okay, aku tak kenal lagi siapa mereka berdua ni…masa tu sedih sikit sbb nk berpisah dengan org yg aku dah rapat. Bye Fatin! Aku dapat bilik 801. Ha? Tingkat 8? Tak pe lah,ade lif.. okay, sampai kat depan bilik, tombol pintu rosak, Munirah sebagai ketua yg pegang kunci terpaksa turun semula untuk memaklumkan pada urusetia tentang kerosakan tersebut. Waktu itu aku pon berkenalan dengan Anis Shahirah. Masa tu aku ingt lagi,aku tulis dekat group ws. “sedih… tombol pintu rosak,lepastu kami bertiga je budak kmns,yg lain x tahu lg matrik mana” ustaz pun muncul dlm group dan berkata “orang hebat dia tak komplen’’ pergh, agak tersentap. Tapi..relax, ambil kata2 tu sbg cabaran.5 minit selepas tu Munirah datang dengan membawa kunci bilik 811.


Cerita kem bermula, kami diberi barang amanah 4 straw seorang. Jika kami melakukan kesalahan,kami perlu membayar straw tersebut kepada ketua fesi, Tuan Azra.Sepanjang di sana ade yg memerhati. Kami tidak dibenarkan:
- pegang phone sepanjng aktiviti (x bole nk snap or selfie sesuka hati)
-tidak boleh datang lewat
-jalan mesti dalam kumpulan dan jika jarak antara seorang ahli dengan ahli yg lain lebih drpd 10meter, akan diambil straw
-setiap kali break kene tukar tempat
-dan apa saja kesalahan yg kami buat kami perlu bayar straw tersebut

Hari pertama 2 straw,hari kedua digandakan menjadi 4 straw. Dan hari kedualah straw aku diambil kerana lewat turun solat subuh berjemaah.. Kalau ikutkan aku sempat je nk dtg before 5.45pg. sbb aku bgn pkl 5.00pg waktu itu,tp… dengan semangat berkumpulan, aku sanggup tunggu adik2 ni.. tapi tolonglah faham. Aku malas nak cakap lebih2.. faham2 sendiri sebab masing2 dah besar. Aku tak salahkan sesiapa dan aku salahkan diri aku sendiri. Kenapa aku x call sendiri suruh mereka bangun.


Aku sedih masa nak bg straw tu..sbb aku rasa straw tu sgt berharga,aku jaga elok2, tapi lepas tu? Aku kene bg orang. Aku menangis! Lepas tu aku sering mengingatkan ahli yang lain,supaya jagalah straw tu elok2. Sekarang ni, lelaki je yg masih ade straw,sebab perempuan semua dah kene ambil. Teringat lagi kata-kata Ustaz Asri waktu tu “Kamera Allah lagi ada dimana-mana,kalau kehilangan straw kita takut,dicatat dosa lagi besar azabnya. Tahniah saya pilih prd yang tepat”. Setiap kata-kata Ustaz pasti akan menusuk ke kalbu,sangat besar maknanya dan tersirat.
Hari demi hari, terlalu banyak yg aku belajar. Disana kami diajar 5C.
C yg pertama ialah, COMITMENT
Kedua, COMMUNICATION
Ketiga, IN CONTROL
Keempat , No COMPLAIN
Kelima, CONTRIBUTION

Yang paling banyak dipraktikkan ialah No Complain. Dan Communication sgt penting dlm sesebuah organisasi.

Dekat sana jugak belajar, macam mana nak tahu cara kita belajar selama ni. Kini, aku sudah tahu, cara aku belajar ialah kinestatik.
Cara belajar sebenarnya ada lima:
1.      Kinestatik
2.      Visual
3.      Digital
4.      Audio
5.      Fleksibel


Dekat sana, aku kenal ramai kawan2 dari matrik yang lain, aku happy dapat kawan baru, dan aku dapat lihat pelbagai gelagat dan ragam manusia. Alhamdulillah dengan semua kurniaan ini. Macam-macam ujian yang aku tempuhi, tapi aku dah biasa sebab dulu pon masa aku nak jadi Pengakap Raja,lagi banyak ujian dari segi mental dan fizikal yang aku perlu lalui. Cuma aku kene Kuatkan Semangat.


Hari terakhir aku sedih…sebab nak tinggalkan kawan2 yang baru je kenal. Ada sorang dari kumpulan aku datang dari matrik Labuan,dan pagi tu dia dah nak balik..sbb flight dia pagi… dia menangis nak tinggal kan kami sekumpulan, tapi… setiap pertemuan akan menjanjikan perpisahan. Sabar je yang aku mampu kata.


Actually banyak lagi pengalaman yang aku nak share, tapi…masa tak mengizinkan dan kalau aku tulis panjang2 pon nanti korang bosan pulak nak baca. So.. siapa nak tahu lagi,bolehlah datang kat aku, aku akan ceritakan segalanya,tanpa ada rahsia. Haha.

Satu je aku boleh cakap, KURSUS  ni memang TERBAIK!

Aku happy dapat kenal dengan adik2 PST. Rasa macam kita ni dah jadi adik-beradik. Ingat, kak mai sayang adik2 semua. Terima kasih mengajar akak erti kesabaran sebab macam2 kerenah adik2 ni semua. Terima kasih buat Ayahanda Ustaz Asri dan Puan Amirah sebab jaga kami sepanjang disana. Semoga ukhwah yang kita bina, akan diredai dan diberkati Allah. Semoga hubungan baik kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Terima kasih adik-adik sayang . Terima kasih ustaz. Terima kasih cikgu Amirah. Terima kasih driver bas yang melayan kerenah aku asyik suruh berhenti….haha
Terima Kasih semua! Terima kasih yang tidak terhingga. Syukran, shei shei, nandrek, arigato.


Terima kasih kepada:

Guru pengiring: Ustaz Asri dan Puan Amirah

Adik-adik yang akak sayang:                                                                     
·       * Mutaza sbg ketua
·        *Amalia sbg penolong
·        *Tan Ai Loon ,Luna aka ratu selfie! Hihi (jgn marah luna)
·        *Law Ting
·        *Fatin
·        *David
·        *Ziera
·        *Farah Alia
·        *Syafiq
·        *Al –Azreen
·        *Shankar
·        *Vinoota
·        *Syamil
·        *Alif
·        *Tan Jia You
·        *Rohaidi
·        *Amir
·        *Yani
·        *Zi han
·        *Tineswari
·        *Munirah
·        *Anis



 
wajah-wajah gembira baru sampai .
kami dapat beg! dalamnya ade dua helai t-shirt PRD Matrikulasi. terima kasih!

pemandangan sekitar resort

pemandangan dari tingkat 8

ahli kumpulan 9 yg ohsem! haha

adik2 yg disayangi. jagan gaduh lagi ye?

cikgu mira yg dah macam kakak!

otw to lumut!


with luna and zi han!

kami satu TEAM!

TEAM 9

With Dr.Sariah :)

With Ustaz Asri and Puan Amirah :)

di teluk batik!

sayang kalian



with Abdul Kadir Syah,pelajar contoh... 4 Flat,YDP JPP KMJ. YDP JPP MJPP.

luna selfie with ustaz!

hari terakhir di bilik 711

Zi Han!

Tan Ai Loon!

selfie sementara tunggu bas!

terjumpa DR.Sariah dekat R&R...

sayang kalian :)





kawan baru dari kmm, Fatma. Mc terbaik!

Housemate yang gila-gila

sayang kamu semua, adik-adik yang Terbaik!

kami, PRD KMNS

No comments:

Post a Comment